Tarikh : 30 Julai 2021

 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

 Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 3 Orang

 

Tujuan :

1.Membantu peserta mewujudkan perniagaan secara dalam talian menggunakan platform Shopee.

2.Menjadikan e-Learning sebagai salah satu kaedah pembelajaran alternatif

3.Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Aktiviti :

1.Kelas dijalankan secara persidangan video dalam talian.

2.Para peserta terdiri daripada usahawan-usahawan tempatan yang menjual produk sendiri dan sebagai ejen produk orang lain.

3.Para peserta tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan secara dalam talian.

4.Tenaga pengajar telah menunjukkan cara menggunakan aplikasi Shopee untuk memulakan perniagaan secara dalam talian.

5.Para peserta berjaya mewujudkan akaun Shopee dan memuat naik produk.