PUSAT PELANCONGAN KOTA TINGGI

 

 

  Di dalam Felda Bukit Aping Barat tiada pusat pelancongan hanya terdapat Taman Selesa yang menjadi pusat tumpuan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti riadah. Pusat pelancongan banyak terdapat disekitar daerah Kota Tinggi. Antaranya Air Terjun Kota Tinggi, Hutan Lipur Panti, Muzium Kota Tinggi dan sebagainya.

 


Muzium Kota Tinggi

Taman Selesa Felda Bukit Aping Barat

   

 

                                                                                  Air Terjun Kota 

    Daerah Kota Tinggi terkenal dengan destinasi pelancongannya yang popular bukan sahaja di Negeri Johor dan Malaysia, malah di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi. Sungai Johor yang mengalir di sepanjang bandar ini banyak menyimpan sejarah zaman Kegemilangan Johor Lama. Terdapat banyak bekas tapak peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang ada di sini seperti Makam-Makam Lama dan Kota-Kota Lama. Disebabkan daerah ini kaya dengan peninggalan warisan sejarah, maka Kota Tinggi dikenali dengan "Daerah Pelancongan Bersejarah".

 

                                                                     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       Makam Sultan Mahmud Shah II

      Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung Balau, Desaru , Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel yang menawarkan kadar yang berpatutan boleh didapati dengan mudah di sepanjang pantai.

Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang popular di kalangan pelancong, khususnya pelancong-pelancong dari negara Singapura. Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai. Kota Tinggi tidak mempunyai laluan keretapi tetapi pengunjung masih boleh menggunakan kemudahan ini melalui Stesen KTM Johor Bahru yang merupakan Stesen terdekat. Jaraknya hanya 42 kilometer sahaja dari bandar Kota Tinggi.

 Pantai disekitar Kota Tinggi