Nama : Zulaiha binti Othman Umur : 56 Tahun Ahli :2017 |
Latar belakang :
Pn. Zulaiha adalah seorang suri rumah. Beliau seorang yang aktif dalam aktiviti kampung. Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di NADI dan menyertai kelas-kelas asas ICT serta program-program yang dianjurkan di sini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Sebelum penglibatan bersama NADI, Pn. Zulaiha tidak tahu di mana beliau boleh mempelajari ilmu ICT di dalam komuniti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI:
Melalui kelas-kelas dan program-program yang telah dianjurkan di NADI seperti kelas Microsoft Office, kelas e-Pembelajaran dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran Pn. Zulaiha dalam bidang ICT. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya membuat tugasan yang melibatkan medium ICT dengan lebih tepat dan pantas.
Nama : Juliana Binti Hassan Umur : 42 Tahun Ahli : 2019 |
Latar Belakang :
Pn Juliana adalah sorang pembantu tabika Kemas.Beliau juga adalah salah sorang usahawan dalam talian.Permulaan perniagaan berliau adalah secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.Beliau bermula menjadi ejen Anggun Cotton Collection secara suka-suka akan tetapi dengan minat yang mendalam beliau meluaskan lagi perniagaan didalam talian di facebook dan whatsapp.Oleh kerana minat beliau suka menyertai kelas-kelas ushawan di PEDi untuk menambahkan lagi ilmu.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK
Sebelum penglibatan bersama PEDi,Pn Juliana tidak berapa mahir menggunakan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK
Melalui kelas dan program yang telah dianjurkan oleh PEDi Pn Juliana dapat meningkatkan lagi pendapatan dari RM200.00 hingga RM500.00 sebulan hasil prniagaan di Facebook dan Whatsapp.
Nama : Suhir Attiah Binti Mustaram Umur : 26 Tahun Ahli : 2019 |
Latar Belakang :
Pn. Suhir Attiah atau lebih mesra dipanggil Cikgu Tiya adalah seorang guru Tabika KEMAS Nurul Iman FELDA Bukit Aping Barat. Beliau berasal dari Air Hitam, Batu Pahat dan kini beliau menetap di FELDA Bukit Aping Barat. Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti perkhidmatan mencetak dan fotokopi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan bersama PEDi, Cikgu Tiya kurang mahir menggunakan perisian asas komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Beliau juga mempunyai kekangan perkakasan komputer dan capaian internet yang terhad di pejabat beliau
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Melalui kelas dan program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Bukit Aping Barat seperti kelas Microsoft Office, kelas Perisian Komputer, kelas EPembelajaran dan Advokasi MCMC Klik Dengan Bijak telah berjaya membantu Cikgu Tiya meningkatkan kemahiran menggunakan perisianperisian tersebut dan meningkatkan kemahiran beliau untuk menggunakan internet. Pejabat Cikgu Tiya juga terpilih sebagai salah satu organisasi yang menerima sumbangan komputer lama PEDi.
Nama : Nurul Syazreen Binti Hassan Umur : 32 Tahun Ahli : 2019 |
Latar Belakang :
Pn. Nurul Syazreen atau lebih mesra dipanggil Cikgu Elun adalah seorang guru Pusat Literasi Keluarga (PLK) FELDA Bukit Aping Barat. Selain menjadi guru PLK, beliau juga mengajar anak-anak muda menari tarian tradisional zapin. Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti perkhidmatan mencetak, fotokopi dan menaip surat.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:
Sebelum penglibatan bersama PEDi, Cikgu Elun kurang mahir menggunakan perisian asas komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Beliau juga mempunyai kekangan perkakasan komputer dan capaian internet yang terhad di pejabat beliau.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi :
Melalui kelas dan program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Bukit Aping Barat seperti kelas Microsoft Office, kelas Perisian Komputer, kelas EPembelajaran dan Advokasi MCMC Klik Dengan Bijak telah berjaya membantu Cikgu Elun meningkatkan kemahiran menggunakan perisianperisian tersebut dan meningkatkan kemahiran beliau untuk menggunakan internet. Pejabat Cikgu Elun juga terpilih sebagai salah satu organisasi yang menerima sumbangan komputer lama PEDi.
Nama : Muhammad Hadif Irfan Bin Abdullah Umur : 9 Tahun Ahli : 2022 |
Latar Belakang :
Muhammad Hadif Irfan adalah seorang pelajar darjah tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Aman. Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PEDi dan menyertai kelas-kelas asas ICT serta program-program yang dianjurkan di sini.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan bersama PEDi, adik Hadif Irfan tidak tahu di mana beliau boleh mempelajari ilmu ICT.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Melalui kelas-kelas dan program-program yang telah dianjurkan di PEDi seperti kelas Microsoft Office, kelas E-Pembelajaran, kelas Asas Media Baru dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran adik Hadif Irfan dalam bidang ICT. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya membuat tugasan yang melibatkan medium ICT dengan lebih tepat dan pantas. Hal ini membantu beliau dalam mendapatkan skor yang lebih baik dalam peperiksaan.