FELDA BUKIT APING BARAT
Maklumat Kedudukan Negeri dan Peta
Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan, dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China selatan di timur , selat tebrau di selatan serta selat Melaka di bahagian barat.
(Sumber Wikipedia Bahasa Malaysia)
Maklumat Kedudukan Daerah
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di lalauan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42km dari bandaraya Johor bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daeraj ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian laian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat dipesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili.Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisonal serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga penempatan orang asli di daerah ini.
(sumber Wikipedia Bahasa Melayu)
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40Km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA.
Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana kedudukannya lebih tinggi daripada aras sungai.
(sumber laman web Kota Tinggi)
Maklumat Rancangan
Nama |
: Felda Bukit Aping Barat |
Tahun Pembangunan |
:1970/1971 |
Kemasukan Peneroka |
:1976 |
Keluasan |
: 1883.31HA |
Tanaman |
: Kelapa Sawit |
Jumlah Rumah |
: 398 orang |
Jumlah Penduduk |
: 2907 orang |
Wilayah |
: Johor Bahru |
i- Lokasi - kedudukan Felda Bukit Aping Barat
Ahli Parlimen Kota Tinggi
YB Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin |
|
Parlimen |
: P156 |
Kawasan |
: Kota Tinggi |
Negeri |
: Johor |
Ahli Dewan Undangan Negeri
YB Tuan Muszaide Bin makmor |
|
Negeri |
: Kota Tinggi |
Parlimen |
: Johor |
Parti Dun / Parlimen |
: BN |
Kod Parlimen |
: P156 |
Kod DUN |
: N36 |
Nama DUN |
: Ulu Sungai Sedili Besar |