Tarikh:22 April 2022 

 Masa :9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

 Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 4 Orang

 

Tujuan :

1.Membantu peserta meningkatkan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word.

2.Memberi panduan keselamatan menggunakan internet dengan bijak dan selamat.

3.Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Aktiviti :

1.Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Aman Felda Bukit Aping Barat.

2.Para peserta tidak mahir menggunakan perisian Microsoft Word, walaupun untuk menaip dokumen ringkas.

3.Petugas telah menunjukkan cara menggunakan Microsoft Word untuk menaip dokumen ringkas.

4.Petugas menunjukkan contoh dokumen ringkas melalui projektor untuk ditaip semula oleh para peserta sehingga selesai.

5.Para peserta kemudiannya menonton video Klik Dengan Bijak (KDB) tentang Buli Siber di YouTube.

6.Setelah selesai menonton video, para peserta telah memuat naik status baharu di Dashboard Komuniti (DK) MyKomuniti berkenaan apa yang telah dipelajari sebentar tadi.

7.Kelas tamat dan para peserta bersurai.