Tarikh : 10 ,11 dan 12 Januari 2023 Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 10 orang |
Tujuan :
1.Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office.
2.Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.
3.Menjalin hubungan kerjasama yang baik di antara PEDi dengan organisasi dalam komuniti.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada guru-guru dari sekolah agama di sekitar daerah Kota Tinggi.
2.Sebelum ini, para peserta kurang mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel.
3.Oleh kerana tuntutan tugas untuk mengisi data Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), para peserta menyertai Kelas Asas Microsoft Office yang dianjurkan di PEDi FELDA Bukit Aping Barat
4.Setiap modul diajar selama sehari dan secara keseluruhan melibatkan tiga (3) hari sehingga kelas selesai.