Tarikh

:

04 November 2023

Masa

:

09:00 pagi - 01:00 tengah hari

Lokasi

:

PEDi FELDA Bukit Aping Barat

Peserta

:

20 orang

Tujuan

Pada program kali ini, PEDi FELDA Bukit Aping Barat menyantuni jemputan kerjasama dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah Kota Tinggi yang ingin menggunakan kemudahan yang terdapat di sini. JPNIN daerah Kota Tinggi telah menggunakan PEDi sebagai tuan rumah untuk Bengkel Sistem Maklumat Perpaduan (SISMAP) Versi 2.0 kepada ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menetap di kawasan sekitar sini. Petugas PEDi juga dijemput untuk memberi taklimat Advokasi MCMC Klik Dengan Bijak (KDB).

Aktiviti

Para peserta adalah terdiri daripada ahli-ahli KRT daerah Kota Tinggi. Pada permulaannya, petugas PEDi telah memberi taklimat Pengenalan Kepada PEDi. Kemudian, petugas PEDi melanjutkan acara dengan memberi taklimat Advokasi MCMC KDB bertajuk “Melindungi Anak Anda Di Internet”. Selepas itu, petugas PEDi menyambung lagi acara dengan aktiviti kuiz dalam talian menggunakan laman web Blooket.com. Para pemenang kuiz mendapat hadiah yang disampaikan oleh petugas PEDi. Acara diteruskan dengan Bengkel SISMAP Versi 2.0 yang disampaikan oleh petugas JPNIN daerah Kota Tinggi. Setelah selesai, para peserta menjamu selera dan kemudian bersurai.

Gambar Aktiviti Bengkel Sistem Maklumat Perpaduan (SISMAP) Versi 2.0