Tarikh

:

17 November 2023

Masa

:

10:00 pagi - 12:00 tengah hari

Lokasi

:

PEDi FELDA Bukit Aping Barat

Peserta

:

6 orang

Tujuan

Program kali ini mensasarkan peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah yang bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah peserta dalam lapangan mencari pekerjaan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft Word di samping menerapkan pembelajaran secara dalam talian atau e-Pembelajaran untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih mudah, interaktif dan kondusif.

Aktiviti

Para peserta didedahkan oleh petugas berkenaan panduan membuat gambar passport yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam RESUME. Kemudian, petugas menunjukkan cara membina RESUME menggunakan perisian Microsoft Word. Selepas itu, peserta menyertai kuiz dalam talian menggunakan laman web Kahoot untuk menguji kefahaman peserta berkenaan internet dan pengetahuan am.

Gambar Aktiviti Soft Skills - Kelas Resume