USAHAWAN BARANGAN TERPAKAI
Nama : Muhammad Hafis bin Hassan Umur : 17 tahun Ahli : 2018 |
LATAR BELAKANG
En. Hafis adalah seorang usahawan atas talian yang aktif. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman. Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PI (F) Bkt. Aping Barat untuk membuat tugasan sekolah. Beliau juga kerap menyertai kelas-kelas ICT dan Keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau kurang mahir menggunakan peralatan ICT.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Perniagaan Secara Online, kelas Latihan Keusahawnan: Suntingan Imej, kelas Multimedia: Gambar, kelas Multimedia: Video dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu En. Hafis untuk menceburi bidang perniagaan secara atas talian. Hal ini membantu membuka minda beliau untuk mencari pendapatan sampingan selain membantu beliau dalam bidang pelajaran.
Keterangan: Contoh produk terpakai yang dijual oleh adik Hafis secara atas talian di My Shop.