Nama :Nur Annabilah Emmy Arina Binti Suhaimi Umur :20 tahun Ahli :2013 |
LATAR BELAKANG
Cik Arina adalah seorang usahawan atas talian yang aktif. Beliau menjual produk makanan seperti roti dan coklat yang dibuat sendiri. Inspirasi beliau adalah ibu beliau sendiri yang pandai membuat roti. Sementara menunggu untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan sampingan. |
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Cik Arina tiada sumber pendapatan.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Perniagaan Secara Online dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu Cik Arina memperolehi pendapatan sampingan. Dengan kemahiran membuat roti yang dipelajari daripada ibunya yang sebelum ini hanya digunakan untuk urusan peribadi, kini beliau dapat menggunakannya untuk menjana pendapatan sampingan yang menguntungkan. Secara purata, beliau mampu memperoleh RM200.00 hingga RM400.00 sebulan hasil aktiviti ini.