Nama : Nur Azzawati Binti Abdul Razak Umur : 30 Tahun Ahli : 2015 |
LATAR BELAKANG
Pn. Azawati adalah seorang penjawat awam yang bertugas di Pejabat Rancangan Felda Bukit Aping Barat. Beliau bertugas sebagai Pembantu Pembangunan Sosial atau “Social Development Assistant” (SDA). Seiring dengan perkembangan teknologi, skop pekerjaan beliau menuntut beliau untuk menguasai bidang ICT. Oleh yang demikian, beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PI dan menyertai kelas-kelas asas ICT serta program-program yang dianjurkan di sini. |
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Azawati tidak tahu di mana beliau boleh mempelajari ilmu ICT di dalam komuniti. |
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas-kelas dan program-program yang telah dianjurkan di PI seperti kelas Microsoft Office, kelas E-Pembelajaran, kelas Dashboard Komuniti, program Hari Bersama Komuniti dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran Pn. Azawati dalam bidang ICT. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya membuat tugasan yang melibatkan medium ICT dengan lebih tepat dan pantas. Selain itu, aplikasi Dashboard Komuniti membantu beliau untuk mendekati komuniti dengan lebih mudah dan berkesan. Beliau juga berjaya membantu dan mendorong komuniti untuk mempelajari ilmu ICT.