Nama : Muhammad Arief Bin Saberi 

 Umur : 19 Tahun

 Ahli : 2014

Latar Belakang

En. Muhammad Arief adalah seorang usahawan atas talian.Beliau menjual makanan yang dibuat sendiri seperti roti sosej, bertih jagung dan kebab.Beliau menjadi usahawan atas talian untuk mencari pendapatan sampingan sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, En.Muhammad Arief tidak tahu cara untuk mewujudkan kedai dalam talian.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan kedai atas talian dan kelas dashboard komuniti My Shop telah berjaya membantu En Muhammad Arief mewujudkan kedai atas talian sekali gus memperluaskan pesaran perniagaannya. Jualan beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian.selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.