Nama  : Rofidah Binti Zalif

 Umur   : 42 Tahun

 Ahli      : 2019

 

Latar Belakang 

Pn. Rofidah adalah seorang usahawan makanan. Beliau mempunyai gerai makanan di Felda Bukit Aping Barat dan di Felda Bukit Wa Ha. Produk makanan yang beliau hasilkan adalah chicken chop. Selain itu, beliau juga menghasilkan produk makanan lain seperti kentang goreng, nugget, gravy black paper, coslow dan lain-lain.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Rofidah hanya berniaga di gerai sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kedai Dalam Talian dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu Pn. Rofidah mewujudkan kedai dalam talian sekali gus memperluaskan pasaran perniagaannya. Jualan beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian. Jualan secara cash on delivery atau “COD” membantu meningkat permintaan jualan. Selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.