Nama :Saaddatun Binti Uyob

 Umur  : 45 Tahun

 Ahli     : 2020

 

Latar Belakang :

Pn. Saaddahtun adalah seorang usahawan yang sangat kreatif dan inovatif. Beliau mempunyai sebuah kedai yang dibuka pada tahun 2018 dan didaftarkan di atas nama SNR Enterprise. Kedai beliau menjual peralatan sekolah dan peralatan pejabat. Beliau mempunyai tekad yang tinggi untuk berjaya dan sentiasa mencari idea baharu untuk mempelbagaikan produk jualannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Saaddahtun hanya berniaga di kedai sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Pemasaran Dalam Talian telah berjaya membantu Pn. Saaddahtun mewujudkan kedai dalam talian. Beliau berjaya mewujudkan akaun Shopee yang merupakan salah satu medium pemasaran dalam talian yang terkenal di Malaysia. Melalui kedai dalam talian, Pn. Saaddahtun berjaya mempelbagaikan produk beliau seperti menjual jambangan bunga. Kini, hasil jualan perniagaannya meningkat dari 5 tempahan kepada 20 tempahan dalam sebulan secara puratanya. Ini bermaksud pendapatan Pn. Saaddahtun meningkat empat kali ganda setelah menggunakan medium kedai dalam talian.