Nama : Muryati Binti Muslan Umur : 40 Tahun Ahli :2020 |
Latar Belakang :
Pn. Muryati merupakan seorang usahawan baru. Beliau sangat meminati bidang pakaian dan kecantikan. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian setelah melihat potensinya yang mampu membuka pasaran yang lebih luas dan lebih mudah digunakan. Beliau mula tertarik untuk mengikuti kelas keusahawanan di PI semasa PI menganjurkan kelas Shopee. |
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Muryati tidak mempunyai akaun shopee
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Pemasaran Dalam Talian telah berjaya membantu Pn. Muryati mewujudkan kedai dalam talian. Beliau berjaya mewujudkan akaun Shopee dan menambah produk baru di dalamnya. Melalui kedai dalam talian, Pn. Muryati berjaya menjual produk pakaian wanita seperti tudung dan baju kurung secara dalam talian. Kini, hasil jualan perniagaannya meningkat dari 3 tempahan kepada 15 tempahan dalam sebulan secara puratanya. Ini bermaksud pendapatan Pn. Muryati meningkat lima kali ganda setelah menggunakan medium kedai dalam talian.