Nama : Fauziah Binti Abd Wahab

 Umur  : 37 Tahun

 Ahli     : 2019

 

Latar Belakang :

Pn. Fauziah adalah seorang usahawan dalam talian. Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau meminati peralatan dapur berjenama Tupperware. Oleh kerana minatnya itu, kini beliau menjadi ejen sah kepada produk tersebut. Beliau sering menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Bukit Aping Barat untuk menambah kemahiran keusahawanan

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Sebelum penglibatan bersama PIK, Pn. Fauziah tidak mahir menggunakan aplikasi Shopee.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Melalui kelas dan program yang telah dianjurkan oleh PIK seperti kelas E-Dagang – Pemasaran Dalam Talian,  Latihan Keusahawanan – Pemasaran Dalam Talian, Latihan Keusahawanan – Klik Dengan Bijak dan lain-lain telah berjaya membantu Pn. Fauziah meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi Shopee. Beliau berjaya menambah pendapatan dari RM100.00 hingga RM500.00 sebulan hasil perniagaannya di Shopee. Beliau juga berjaya mendapatkan penghargaan sebagai ejen Tupperware terbaik pada bulan Februari 2021.