Nugget Ubi Kayu Felda Bukit Aping Barat
Negeri Johor Darul Ta’zim terkenal dengan keunikan makanan yang mempunyai identiti tersendiri. Hal ini kerana masyarakat di negeri ini yang terdiri daripada berbilang etnik dan suku.
Nugget Ubi Kayu, snek kreatif yang menggunakan ubi kayu menjadikan pilihan makanan yang lazat dan mudah disediakan. Selain itu, ia juga berkhasiat, murah dan memenuhi citarasa semua generasi.
Nugget Ubi Kayu (F) Bkt. Aping Barat diusahakan oleh En. Mazli bin Abdullah, generasi ke-2 peneroka (F) Bkt. Aping Barat. Beliau merupakan seorang usahawan atas talian dan mempunyai sebuah kedai runcit MA Rahmah Enterprise. Beliau menggunakan ubi kayu yang ditanam sendiri atau membelinya daripada penduduk di sekitar (F) Bkt. Aping Barat untuk membuat nugget tersebut. Dengan menggunakan kreativiti dan inovasi, beliau berjaya mencipta sebuah snek yang menggabungkan budaya barat dan budaya tradisional.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan Nugget Ubi Kayu boleh menghubungi En. Mazli seperti maklumat di bawah:
No. Tel: +60 19-747 1037
Alamat e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook: https://www.facebook.com/PERUNCITANSERBANIKA
Alamat kedai runcit: MA Rahmah Enterprise, Gerai No. 3, Jalan Besar, Simpang Bukit Aping Barat, 81900 Kota Tinggi, Johor darul Ta’zim.
http://bktapingbarat.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/75-makanan-tempatan#sigFreeId1853cc9156
Nugget Ubi Kayu dijual RM2.00 sebungkus. Sebungkus terdapat 6 pcs nugget.