Tarikh : 20 April 2019

 Masa  : 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 4 orang

 

Tujuan :

Para pelajar mempelajari cara menggunakan aplikasi adobe photoshop.Mereka juga mempelajari cara untuk mengedit gambar, memanipulasi gambar dan penambahan efek pada gambar.

 

Aktiviti :

  1. 1.Petugas menerangkan kepada peserta fungsi dan kegunaan aplikasi Adobe Photoshop.
  2. 2.Petugas menunjukkan video YouTube berkenaan cara memanipulasi gambar menjadi timbul (pop-up).
  3. 3.Petugas mengulangi langkah-langkah dari video sebagai penerangan ulangan.
  4. 4.Peserta mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh petugas.

5.Peserta meneruskan mengedit gambar sehingga efek timbul menjadi.

 Tarikh : 22 Mac 2019

 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

 Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 11 Orang

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta berkenan aplikasi Frog VLE dan cara menggunakannya.Aplikasi ini mengwujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik melalui pendekatan teknologi.

 

Aktiviti :

1.Peserta yang terlibat adalah pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Felda Bukit Aping Barat.22.Taklimat dan penerangan diberikan oleh

2.Puan Hanifah binti Ahmad@Ismail sebagai Guru ICT sekolah tersebut.

3.Peserta diajar cara untuk log masuk & memilih tugasan yang dikehendaki.

4.Setelah tugasan diselesaikan, peserta akan diberi ganjaran dengan bermain permainan pembelajaran.

 

 

 Tarikh : 12 Januari 2019

 Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 7 orang

 

Tujuan :

Kelas video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah berkaitan perkembangan teknologi maklumat. Disamping itu dapat meningkatan penggunaan dan penguasaan komputer dalam melaksanakan tugas harian. kelas ini juga memberi kemahiran asas untuk menghasilkan persembahan dalam bentuk multimedia dengan menggunakan perisian windows movie maker. 

 

Aktiviti:

Berikut senarai aktiviti pelajar yang mengikuti kelas ini, yang pertama petugas telah menerangkan konsep penggunaan perisian windows movie maker.Kemudian cara memuat turun video dari laman web Youtube.com.Selepas itu cara pengeditan video menggunakan Windows Movie Maker dan akhir sekali cara untuk mempersembahkan output yang telah selesai diedit.

 

 Tarikh   : 23 Febuari 2019

 Masa    : 9.00 Pagi Sehingga 1.00 Petang

 Lokasi   : Pusat internet Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 8 Orang

 

Tujuan :

Para pelajar dilatih untuk mengunakan kemahiran asas dalam Microsoft Office Power Point.Dengan kemahiran ini dapat meningkatkan lagi kemahiran penggunaan perisian dan peralatan tersebut. Dapat melatih para pelajar menghasilkan dokumen untuk perbentangan dalam bentuk digital dengan lebih menarik, tersusun dan mudah di fahami.

 

Aktiviti :

  1. 1.Mempelajari cara menjalankan perisian, penggunaan peralatan perisian dan cara menyimpan hasil kerja.
  2. 2.Membuat satu dokumen pembentangan berkenaan isu privasi atau maklumat sulit individu yang tidak boleh dikongsi di media         sosial.

3.Hasil akhir dokumen pembentangan disimpan dan dicetak keluar.

Tarikh

:

12 Disember 2018

Masa

:

10:00 pagi - 12:00 tengah hari

Lokasi

:

Pusat Internet (F) Bkt. Aping Barat

Peserta

:

7 orang

Tujuan

Program eRezeki membolehkan golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian. Peserta eRezeki akan dipadankan dengan kerja-kerja digital bersesuaian dengan skil masing-masing.

Aktiviti

Program eRezeki kali ini disertai oleh ahli Persatuan Belia (MBFM) (F) Bkt. Aping Barat. Namun, hanya dua orang peserta sahaja yang layak untuk berdaftar akaun eRezeki. Aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran akaun eRezeki.