Tarikh : 20 Januari 2021 Masa : 9.00 - 12.00 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat Peserta : 2 orang |
Tujuan :
1.Mempelajari cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting
2.Melakukan persidangan video
Aktiviti:
1.Petugas menerangkan tujuan dan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting.
2.Petugas mengajar cara untuk memasang aplikasi Zoom Meeting pada komputer dan telefon pintar.
3.Peserta memasukkan kod jemputan mesyuarat pada aplikasi Zoom Meeting.
4.Peserta melakukan persidangan video sehingga selesai.
Tarikh : 29 Disember 2020 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
1.Mengenali nama dan fungsi perkakasan komputer.
2.Mengkategorikan perkakasan komputer kepada kumpulan peranti input dan kumpulan peranti output.
Aktiviti :
- 1.Petugas menerangkan nama dan fungsi perkakasan komputer.
- 2.Petugas menunjukkan contoh perkakasan komputer tersebut.
- 3.Petugas menerangkan kategori perkakasan komputer mengikut kumpulan peranti input dan kumpulan peranti output.
4.Untuk menguji kefahaman peserta, petugas memberikan kuiz dalam talian melalui Wordwall.net berkenaan kumpulan peranti perkakasan komputer.
Tarikh : 17 Oktober 2020 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
1.Mempelajari cara menghasilkan video animasi ringkas menggunakan Microsoft PowerPoint.
2.Membentuk minda kreatif untuk menghasilkan video animasi yang menarik
Aktiviti :
1.Tema video animasi adalah kenderaan di bandar.
2.Peserta membuka aplikasi Microsoft PowerPoint dan mengubah saiz slide kepada saiz 16:9.
3.Peserta memasukkan gambar objek jalan raya, kenderaan, bangunan, awan menggunakan “Clip Art”
4.Peserta menyusun gambar-gambar objek yang telah dipilih tersebut mengikut kreativiti dan kesesuaian.
5.Peserta memasukkan pergerakan animasi kepada gambar objek seperti awan dan kenderaan
6.Setelah selesai, peserta menyimpan hasil kerja tersebut dalam bentuk video (.wmv).
Tarikh : 12 November 2020 Masa : 10.00pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat Peserta : 6 orang |
Tujuan :
1.Menjadikan E-Pembelajaran sebagai salah satu kaedah pembelajaran alternatif
2.Menarik minat peserta untuk belajar secara dalam talian.
Aktiviti :
1.Permainan susun suai gambar atau “Jigsaw Puzzle” dimainkan secara dalam talian melalui laman web https://www.jigsawplanet.com/.
2.Petugas merekodkan masa setiap peserta untuk menyelesaikan susun suai gambar.
3.Peserta yang menyelesaikan susun suai gambar terpantas dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 25 September 2020 Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Tempat : Pusat Internet Felda Bukit Aping Barat Peserta : 1 orang |
Tujuan :
1.Memberi pendedahan untuk mengekalkan keselamatan akaun Facebook.
2.Menambahkan lapisan perlindungan tambahan akaun Facebook.
3.Mengukuhkan PI sebagai pusat latihan keusahawanan.
Aktiviti :
1.Peserta mempelajari cara menukar kata laluan baharu dengan ciri-ciri kata laluan yang lebih kuat.
2.Peserta mempelajari cara mendaftarkan nombor telefon sebagai sandaran akaun Facebook.
3.Peserta melengkapkan maklumat peribadi akaun.