Tarikh : 17 Febuari 2023 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Perserta : 10 orang |
Tujuan :
1.Menguji kefahaman berkenaan topik pembelajaran yang telah dipelajar
2.Mewujudkan proses pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan
3.Meningkatkan kemahiran menggunakan internet dan komputer / peranti ICT
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah.
2.Sebelum ini, para peserta telah menjalani taklimat Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber dan Terlebih Kongsi
3.Untuk menguji kefahaman peserta, petugas menjalankan kuiz dalam talian menggunakan medium Blooket.
4.Kuiz dijalankan sehingga selesai.
Tarikh : 10 ,11 dan 12 Januari 2023 Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 10 orang |
Tujuan :
1.Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office.
2.Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.
3.Menjalin hubungan kerjasama yang baik di antara PEDi dengan organisasi dalam komuniti.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada guru-guru dari sekolah agama di sekitar daerah Kota Tinggi.
2.Sebelum ini, para peserta kurang mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel.
3.Oleh kerana tuntutan tugas untuk mengisi data Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), para peserta menyertai Kelas Asas Microsoft Office yang dianjurkan di PEDi FELDA Bukit Aping Barat
4.Setiap modul diajar selama sehari dan secara keseluruhan melibatkan tiga (3) hari sehingga kelas selesai.
Tarikh :24 November 2022 Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang 3.00 petang hingga 6.00 petang Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 6 orang |
Tujuan :
1.Memasang perisian Windows pada PC lama yang disumbangkan oleh PEDi kepada organisasi yang terpilih.
2.. Mengaktifkan perisian Windows mengikut produk key yang telah tersedia pada PC tersebut.
3.Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah wakil dari organisasi yang terpilih untuk menerima sumbangan PC lama yang disumbangkan oleh PEDi FELDA Bukit Aping Barat.
2.Para peserta tidak tahu cara untuk format PC dan mengaktifkan perisian Windows.
3.Para petugas menunjukkan cara untuk format PC, memasang driver dan mengaktifkan perisian Windows sehingga PC boleh digunakan seperti biasa.
Tarikh : 4 Disember 2022 Masa : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang Tempat : Pedi Felda Bukit Aping Barat Peserta :10 orang |
Tujuan :
1.Menguji kefahaman peserta berkenaan topik yang telah dibincangkan
2.Mewujudkan suasana pembelajaran interaktif yang menyeronokkan.
3.Sistem permarkahan yang lebih adil dan tepat.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Habab.
2.Pada permulaan program, peserta telah dibentangkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak yang bertajuk Terlebih Kongsi
3.Untuk menguji kefahaman peserta dan mewujudkan suasana pembelajaran interaktif, kuiz secara dalam talian telah dijalankan menggunakan platfom Kahoot.com.
4.Para peserta menjawab soalan kuiz yang dilakukan secara bersiri sehingga selesai.
5.Markah akhir dicampurkan dari kesemua kuiz tersebut dan peserta yang memperolehi markah tertinggi menjadi pemenang dan medapat hadiah.
Tarikh : 13 Oktober 2022 Masa : 5.00 Petang hingga 6.00 Petang Tempat : Pedi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
1.Mewujudkan akaun WhatsApp Business dan menggunakannya untuk kemudahan komunikasi dan promosi perniagaan.
2.Meningkatkan penggunaan teknologi untuk perkembangan perniagaan
Aktiviti :
1.Peserta adalah seorang usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan runcit.
2.Peserta ingin membuka akaun WhatsApp Business untuk mengasingkan penggunaan nombor telefon khas untuk urusan perniagaan dan memunafaatkan fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi tersebut.
3.Petugas menunjukkan cara membuka akaun WhatsApp Business sehingga peserta berjaya mewujudkan akaun tersebut.
4.Kelas tamat dan peserta bersurai.