Tarikh:22 April 2022 

 Masa :9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

 Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 4 Orang

 

Tujuan :

1.Membantu peserta meningkatkan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word.

2.Memberi panduan keselamatan menggunakan internet dengan bijak dan selamat.

3.Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Aktiviti :

1.Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Aman Felda Bukit Aping Barat.

2.Para peserta tidak mahir menggunakan perisian Microsoft Word, walaupun untuk menaip dokumen ringkas.

3.Petugas telah menunjukkan cara menggunakan Microsoft Word untuk menaip dokumen ringkas.

4.Petugas menunjukkan contoh dokumen ringkas melalui projektor untuk ditaip semula oleh para peserta sehingga selesai.

5.Para peserta kemudiannya menonton video Klik Dengan Bijak (KDB) tentang Buli Siber di YouTube.

6.Setelah selesai menonton video, para peserta telah memuat naik status baharu di Dashboard Komuniti (DK) MyKomuniti berkenaan apa yang telah dipelajari sebentar tadi.

7.Kelas tamat dan para peserta bersurai.

 Tarikh : 19 Mac 2022

 Masa : 11.00 pagi  1.00 petang

 Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 1 Orang

 

Tujuan :

1.Membantu peserta melakukan tugasan kerja yang melibatkan penggunaan perisian Mocrosoft Excel

2.Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

 Aktiviti :

1.Peserta adalah seorang guru dari Sekolah Agama al-Falah Felda Bukit Aping Barat.

2.Peserta tidak begitu mahir menggunakan perisian Microsoft Excel untuk membuat jadual waktu.

3.Petugas telah menunjukkan cara menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual waktu kepada peserta.

4.Peserta berjaya mewujudkan jadual waktu mata pelajaran sesi persekolahan tahun 2022 dan memberikan salinan dalam bentuk       digital melalui media sosial kepada murid-muridnya.

 Tarikh : 27 Januari 2022

 Masa : 9.00 pagi - 11.00 Pagi

 Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

 Peserta : 7 Orang

 

Tujuan :

1.Mempelajari cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting.

2.Membuat persidangan video.

Aktiviti :

1.Para peserta terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Felda Bukit Aping Barat.

2.Petugas menunjukkan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting

3.Peserta melakukan persidangan video sehingga selesai.

 Tarikh:17 Febuari 2022

 Masa:10.00 Pagi -12.00 Tengah hari

 Tempat:PeDI Felda Bukit Aping Barat

 Peserta: 1 Orang

Tujuan :

1.Membantu peserta meluaskan pemasaran perniagaan secara dalam talian menggunakan platform Shopee.

2.Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Aktiviti :

1.Peserta adalah seorang usahawan tempatan yang menjual produk berasaskan arnab pedaging.

2.Peserta tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan pemasaran perniagaan secara dalam talian.

3.Petugas telah menunjukkan cara menggunakan aplikasi Shopee untuk meluaskan pemasaran perniagaan secara dalam talian kepada peserta.

4.Peserta berjaya mewujudkan akaun Shopee dan memuat naik produk.

 Tarikh : 1-3 Disember 2021

 Masa : 9.00Pagi - 1.00 Petang

 Tempat : PEDI Felda Bukit Barat

 Peserta : 8 Orang 

 

Tujuan :

1.Membantu peserta memasukkan data secara dalam talian.

2.Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Aktiviti:

1.Para peserta terdiri daripada Penjawat Awam yang bertugas sebagai guru sekolah agama di daerah Kota Tinggi.

2.Ini adalah kali pertama peserta memasukkan data pelajar dan peperiksaan secara dalam talian. Maka, peserta kurang mahir untuk
   melaksanakannya.

3.Petugas telah menunjukkan cara memasukkan data secara dalam talian tersebut kepada peserta.

4.Peserta berjaya memasukkan data sehingga selesai.