Nama: Mohd Aidil Naim bin Hamzah Umur : 26 Tahun Ahli : 2020 |
Latar Belakang :
En. Aidil adalah seorang pereka fesyen. Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan pakaian. Beliau juga menjalankan perniagaan makanan secara sampingan. |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, En. Aidil tidak mempunyai kemahiran sebagai seorang usahawan
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kemahiran Keusahawanan telah berjaya membantu En. Aidil memperolehi Sijil Pengendali Makanan. Dengan adanya sijil tersebut En. Aidil dapat menambah pendapatan dengan bekerja secara sampingan dalam bidang makanan. Kini, pendapatan En. Aidil meningkat secara purata sebanyak RM30.00 sehari hasil perniagaan makanannya.
Nama : Nur Atiqa Umairaq Binti Zainodin Umur : 10 Tahun Ahli : 2020 |
Latar Belakang :
Adik Atiqa adalah seorang pelajar darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Felda Bukit Aping Barat. Seiring dengan perkembangan semasa, ibu bapa adik Atiqa sangat menitikberatkan penguasaan anak-anak mereka dalam bidang ICT. Maka, ibunya rajin menghantar adik Atiqa ke PI untuk melaksanakan tugasan sekolah dan menyertai kelas-kelas ICT. |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, adik Atiqa tidak pandai menggunakan peralatan komputer dan internet
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas-kelas dan program-program yang telah dianjurkan PI seperti kelas Microsoft Office, kelas E-Pembelajaran, kelas Multimedia, kelas Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran adik Atiqa dalam bidang ICT. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya mendapat tempat dalam Pertandingan Video Kraftangan Merdeka.
Nama : Nora Binti Ibrahim Umur : 40 Tahun Ahli : 2020 |
Latar Belakang :
Pn. Nora adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau adalah anak peneroka Felda Bukit Aping Barat yang kini menetap di Pasir Gudang bersama suami. Hobi beliau adalah memasak. Beliau ingin menjadikan hobi beliau sebagai sumber pendapatan sampingan. |
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI Puan Nora tidak mempunyai kemahiran sebagai sorang usahawan
Sepeas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kemahiran Keusahawanan telah berjaya membantu Pn. Nora memperolehi Sijil Pengendali Makanan. Dengan adanya sijil tersebut Pn. Nora dapat menambah pendapatan dengan bekerja secara sampingan dalam bidang makanan. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pesanan makanan yang diterima dihantar oleh perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan. Secara puratanya, Pn. Nora memperolehi pertambahan pendapatan sebanyak RM80.00 sehari bergantung kepada jumlah pesanan yang diterima.
Nama : Muryati Binti Muslan Umur : 40 Tahun Ahli :2020 |
Latar Belakang :
Pn. Muryati merupakan seorang usahawan baru. Beliau sangat meminati bidang pakaian dan kecantikan. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian setelah melihat potensinya yang mampu membuka pasaran yang lebih luas dan lebih mudah digunakan. Beliau mula tertarik untuk mengikuti kelas keusahawanan di PI semasa PI menganjurkan kelas Shopee. |
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Muryati tidak mempunyai akaun shopee
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Pemasaran Dalam Talian telah berjaya membantu Pn. Muryati mewujudkan kedai dalam talian. Beliau berjaya mewujudkan akaun Shopee dan menambah produk baru di dalamnya. Melalui kedai dalam talian, Pn. Muryati berjaya menjual produk pakaian wanita seperti tudung dan baju kurung secara dalam talian. Kini, hasil jualan perniagaannya meningkat dari 3 tempahan kepada 15 tempahan dalam sebulan secara puratanya. Ini bermaksud pendapatan Pn. Muryati meningkat lima kali ganda setelah menggunakan medium kedai dalam talian.
Nama :Saaddatun Binti Uyob Umur : 45 Tahun Ahli : 2020 |
Latar Belakang :
Pn. Saaddahtun adalah seorang usahawan yang sangat kreatif dan inovatif. Beliau mempunyai sebuah kedai yang dibuka pada tahun 2018 dan didaftarkan di atas nama SNR Enterprise. Kedai beliau menjual peralatan sekolah dan peralatan pejabat. Beliau mempunyai tekad yang tinggi untuk berjaya dan sentiasa mencari idea baharu untuk mempelbagaikan produk jualannya. |
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Saaddahtun hanya berniaga di kedai sahaja. |
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Pemasaran Dalam Talian telah berjaya membantu Pn. Saaddahtun mewujudkan kedai dalam talian. Beliau berjaya mewujudkan akaun Shopee yang merupakan salah satu medium pemasaran dalam talian yang terkenal di Malaysia. Melalui kedai dalam talian, Pn. Saaddahtun berjaya mempelbagaikan produk beliau seperti menjual jambangan bunga. Kini, hasil jualan perniagaannya meningkat dari 5 tempahan kepada 20 tempahan dalam sebulan secara puratanya. Ini bermaksud pendapatan Pn. Saaddahtun meningkat empat kali ganda setelah menggunakan medium kedai dalam talian.