Nama : Nurul Eleyana Syatiqa Binti Nor Ishak

 Umur  : 16 Tahun

 Ahli    : 2014

 

 

Latar Belakang

Cik Nurul Eleyana Syatiqa adalah seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman.Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PI dan menyertai kelas-kelas asas ICT serta program-program yang dianjurkan disini.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, Cik Nurul Eleyana Syatiqa tidak tahu dimana beliau boleh mempelajari ilmu ICT di dalam komuniti.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas-kelas dan program - program yang telah dianjurkan di PI seperti kelas Microsoft Office, Kelas E-Pembelajaran,kelas asas Media Baru dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran Cik Nurul Eleyana Syatiqa dalam bidang ICT.Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya membuat tugasan yang melibatkan medium ICT dengan lebih tepat dan pantas.Hal ini membantu beliau dalam mendapatkan skor yang lebih baik dalam peperiksaan.

 

 

 Nama : Muhammad Arief Bin Saberi 

 Umur : 19 Tahun

 Ahli : 2014

Latar Belakang

En. Muhammad Arief adalah seorang usahawan atas talian.Beliau menjual makanan yang dibuat sendiri seperti roti sosej, bertih jagung dan kebab.Beliau menjadi usahawan atas talian untuk mencari pendapatan sampingan sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, En.Muhammad Arief tidak tahu cara untuk mewujudkan kedai dalam talian.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan kedai atas talian dan kelas dashboard komuniti My Shop telah berjaya membantu En Muhammad Arief mewujudkan kedai atas talian sekali gus memperluaskan pesaran perniagaannya. Jualan beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian.selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.

 Nama : Nur Azzawati Binti Abdul Razak

 Umur  : 30 Tahun

 Ahli      : 2015    

 

LATAR BELAKANG 

Pn. Azawati adalah seorang penjawat awam yang bertugas di Pejabat Rancangan Felda Bukit Aping Barat. Beliau bertugas sebagai Pembantu Pembangunan Sosial atau “Social Development Assistant” (SDA). Seiring dengan perkembangan teknologi, skop pekerjaan beliau menuntut beliau untuk menguasai bidang ICT. Oleh yang demikian, beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PI dan menyertai kelas-kelas asas ICT serta program-program yang dianjurkan di sini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Azawati tidak tahu di mana beliau boleh mempelajari ilmu ICT di dalam komuniti.

 

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas-kelas dan program-program yang telah dianjurkan di PI seperti kelas Microsoft Office, kelas E-Pembelajaran, kelas Dashboard Komuniti, program Hari Bersama Komuniti dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran Pn. Azawati dalam bidang ICT. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya membuat tugasan yang melibatkan medium ICT dengan lebih tepat dan pantas. Selain itu, aplikasi Dashboard Komuniti membantu beliau untuk mendekati komuniti dengan lebih mudah dan berkesan. Beliau juga berjaya membantu dan mendorong komuniti untuk mempelajari ilmu ICT.

Nama :Nor Akmal Rizal Bin Mohd Zain

 Umur : 19 Tahun

Ahli  : 2018

LATAR BELAKANG

En. Nor Akmal Rizal adalah seorang usahawan atas talian. Beliau menjual kasut dan peralatan elektronik terpakai. Beliau menjadi usahawan atas talian untuk mencari pendapatan sampingan sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, En. Nor Akmal Rizal  tidak tahu cara untuk mengwujudkan kedai dalam talian

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kedai Dalam Talian dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu En. Nor Akmal Rizal mewujudkan kedai dalam talian sekali gus memperluaskan pasaran perniagaannya. Jualan beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian. Selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.

 Nama : Siti Zuraidah Binti Ishak

 Umur  : 35 Tahun

 Ahli     : 2019

 

LATAR BELAKANG 

Pn. Zuraidah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menjadi stokis produk kecantikan dan kesihatan untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan. Beliau aktif dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan  

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Zuraidah tidak tahu cara untuk mewujudkan kedai dalam talian.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kedai Dalam Talian dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu Pn. Zuraidah mewujudkan kedai dalam talian sekali gus memperluaskan pasaran perniagaannya. Jualan kedai beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian. Selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.