Nama : Nursyamira Najwa binti Syamsul Umur : 16 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Cik Nursyamira Najwa adalah seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman. Beliau kerap menggunakan perkhidmatan di PI dan menyertai kelas-kelas asas ICT serta program-program yang dianjurkan di sini
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Cik Nursyamira Najwa tidak tahu di mana beliau boleh mempelajari ilmu ICT. |
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas-kelas dan program-program yang telah dianjurkan di PI seperti kelas Microsoft Office, kelas E-Pembelajaran, kelas Asas Media Baru dan lain-lain telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran Cik Nursyamira Najwa dalam bidang ICT. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berjaya membuat tugasan yang melibatkan medium ICT dengan lebih tepat dan pantas. Hal ini membantu beliau dalam mendapatkan skor yang lebih baik dalam peperiksaan
Nama :Norhazah Binti Toha Umur : 38 Tahun Ahli : 2016
|
Latar Belakang
Pn. Norhazah adalah seorang suri rumah. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam komuniti. Beliau sering kali menyertai program-program yang diadakan di Pusat Internet. Beliau mempunyai kemahiran kraf tangan untuk menghasilkan barangan seperti beg dan pakaian bayi. |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Puan Norazah tidak tahu cara untuk menambah pendapatan keluarga.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kedai Dalam Talian dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu Pn. Norazah mewujudkan kedai dalam talian sekali gus memperluaskan pasaran perniagaannya. Jualan beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian. Jualan secara cash on delivery atau “COD” dan pos membantu meningkat permintaan jualan. Selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.
Nama : Rofidah Binti Zalif Umur : 42 Tahun Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Pn. Rofidah adalah seorang usahawan makanan. Beliau mempunyai gerai makanan di Felda Bukit Aping Barat dan di Felda Bukit Wa Ha. Produk makanan yang beliau hasilkan adalah chicken chop. Selain itu, beliau juga menghasilkan produk makanan lain seperti kentang goreng, nugget, gravy black paper, coslow dan lain-lain. |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Rofidah hanya berniaga di gerai sahaja
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kedai Dalam Talian dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu Pn. Rofidah mewujudkan kedai dalam talian sekali gus memperluaskan pasaran perniagaannya. Jualan beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian. Jualan secara cash on delivery atau “COD” membantu meningkat permintaan jualan. Selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.