Tarikh : 6 Ogos 2023 Masa : 10.00 Pagi - 4.00 Petang Tempat : PEDi Kampung Batu Ampat Peserta : 8 orang |
Tujuan :
1.Mempelajari teknik mengambil gambar menggunakan telefon pintar.
2.Mempelajari teknik menggunakan mini studio untuk mengambil gambar produk.
3.Mempelajari cara menggunakan aplikasi Snapseed untuk menyunting imej.
4.Mempelajari teknik menghasilkan gambar produk yang menarik untuk dipaparkan pada akaun kedai dalam talian.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar GIATMARA cawangan Kota Tinggi.
2.Para peserta tidak mempunyai kemahiran untuk menghasilkan gambar produk.
3.Petugas menunjukkan cara menggunakan telefon pintar untuk menggunakan mini studio dan cara menggunakan aplikasi Snapseed.
4.Para peserta membuat latihan amali dengan bimbingan petugas sehingga kelas tamat.
Tarikh : 13 Julai 2023 Masa : 3.00 - 6.00 petang Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 10 orang |
Tujuan :
1.Mempelajari cara menggunakan aplikasi ChatGPT.
2.Mewujudkan ayat-ayat iklan (copywriting) yang menarik menggunakan aplikasi ChatGPT.
3.Meningkatkan kemahiran menggunakan internet dan komputer.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada peserta Kursus Sembelihan Patuh Syarak yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) FELDA Bukit Aping Barat Siri Ke-2.
2.Para peserta tidak tahu menggunakan aplikasi ChatGPT untuk mewujudkan ayatayat copywriting yang menarik bagi promosi produk di kedai dalam talian.
3.Petugas menunjukkan cara menggunakan aplikasi ChatGPT.
4.Pasa peserta membuat latihan amali dengan bimbingan petugas sehingga kelas tamat.
Tarikh : 8 Mei 2023 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 1 orang |
Tujuan :
1.Mengaktifkan perisian Microsoft Office yang telah tamat tempoh.
Aktiviti :
1.Peserta adalah seorang usahawan. Beliau aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan kampung. Beliau juga ada menyandang jawatan dalam persatuan kampung.
2.Beliau menghadapi kesukaran apabila perisian Microsoft Office pada komputer ribanya telah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan.
3.Beliau merujuk kepada petugas untuk memperbaharui perisian tersebut.
4.Petugas menunjukkan cara untuk memperbaharui perisian tersebut sehingga selesai.
Tarikh : 4 Jun 2023 Masa : 2.00 petang - 6.00 petang Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 10 orang |
Tujuan :
1.Mempelajari cara menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar.
2.Mempelajari cara mewujudkan gambar produk yang berkualiti.
3.Meningkatkan kemahiran menggunakan internet dan komputer.
Aktiviti :
1.Para peserta adalah terdiri daripada peserta Kursus Sembelihan Patuh Syarak yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) FELDA Bukit Aping Barat.
2.Para peserta tidak mahir menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar.
3.Petugas menunjukkan cara menggunakan aplikasi Canva seperti membuka akaun, mengenal fungsi dan reka grafik gambar produk yang berkualiti.
4.Pasa peserta membuat latihan amali dengan bimbingan petugas sehingga kelas selesai
Tarikh : 20 April 2023 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : PEDi Felda Bukit Aping Barat Peserta : 3 orang |
Tujuan :
1.Memberi pendedahan berkenaan ciri-ciri kata laluan yang kuat.
2.Memberi kesedara untuk mencipta kata laluan yang kuat.
3.Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan internet.
Aktiviti:
1.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka tidak mahir mencipta kata laluan yang kuat.
2.Petugas memberi penerangan berkenaan ciri-ciri kata laluan yang kuat kepada peserta
3.Seterusnya, petugas menguji kefahaman peserta dengan memberi tugasan mencipta kata laluan yang kuat dan mudah untuk diingati
4.Kemudian, kekuatan kata laluan yang telah dicipta diuji melalui laman web PasswordMonster.com.