Tarikh :8 April 2024

 Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang

 Peserta : 5 orang

 Lokasi : NADI Felda Bukit Aping Barat

 

Aktiviti :

1.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah

2.Peserta tidak tahu menyuting imej

3.Para peserta didedahkan dengan teknik menggunakan aplikasi Bing Image Creator untuk mencipta imej melalui arahan teks.

4.Para peserta juga didedahkan dengan teknik menggunakan aplikasi canva untuk menyuting imej.

 

Tujuan:

1.Mempelajari cara untuk menyunting imej menggunakan aplikasi Bing Image Creator dan Canva

2.Mewujudkan suasana pembelajaran yang mudah, selesa, interaktif dan kondusif

3.Meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

 Tarikh    : 9 Mac 2024

 Masa     : 10.00 pagi - 1.00 petang

 Lokasi  : NADI Felda Bukit Aping Barat

 Peserta : 8 orang

 

 

Tujuan :

1.Meningkatkan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word

2.Mewujudkan suasana pembelajaran yang mudah, selesa, interaktif, dan kondusif.

3.Meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Aktiviti :

1.Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menegah

2.Para peserta kurang kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word.

3.Para peserta didedahkan dengan teknik menggunakan perisian Microsoft Word.

4.Para peserta menyelesaikan tugasan menaip menggunakan perisian Microsoft Word sehingga selesai.

 

Tarikh

:

17 November 2023

Masa

:

10:00 pagi - 12:00 tengah hari

Lokasi

:

PEDi FELDA Bukit Aping Barat

Peserta

:

6 orang

Tujuan

Program kali ini mensasarkan peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah yang bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah peserta dalam lapangan mencari pekerjaan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft Word di samping menerapkan pembelajaran secara dalam talian atau e-Pembelajaran untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih mudah, interaktif dan kondusif.

Aktiviti

Para peserta didedahkan oleh petugas berkenaan panduan membuat gambar passport yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam RESUME. Kemudian, petugas menunjukkan cara membina RESUME menggunakan perisian Microsoft Word. Selepas itu, peserta menyertai kuiz dalam talian menggunakan laman web Kahoot untuk menguji kefahaman peserta berkenaan internet dan pengetahuan am.

Gambar Aktiviti Soft Skills - Kelas Resume

Tarikh

:

10 November 2023

Masa

:

10:00 pagi - 11:00 pagi

Lokasi

:

PEDi FELDA Bukit Aping Barat

Peserta

:

10 orang

Tujuan

Program kali ini mensasarkan peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah yang bertujuan meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar. Program ini juga bertujuan untuk memartabat dan memperkukuhkan bidang STEM / IoT kepada pelajar.

Aktiviti

Para peserta didedahkan oleh petugas berkenaan laman sesawang permainan pendidikan Sheppard Software. Kemudian, petugas memilih permainan pendidikan rantaian makanan untuk dimainkan oleh peserta. Sambil bermain komputer, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidag biologi.

 Gambar Aktiviti Kelas STEM / IoT: Sheppard Software

Tarikh

:

04 November 2023

Masa

:

09:00 pagi - 01:00 tengah hari

Lokasi

:

PEDi FELDA Bukit Aping Barat

Peserta

:

20 orang

Tujuan

Pada program kali ini, PEDi FELDA Bukit Aping Barat menyantuni jemputan kerjasama dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah Kota Tinggi yang ingin menggunakan kemudahan yang terdapat di sini. JPNIN daerah Kota Tinggi telah menggunakan PEDi sebagai tuan rumah untuk Bengkel Sistem Maklumat Perpaduan (SISMAP) Versi 2.0 kepada ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menetap di kawasan sekitar sini. Petugas PEDi juga dijemput untuk memberi taklimat Advokasi MCMC Klik Dengan Bijak (KDB).

Aktiviti

Para peserta adalah terdiri daripada ahli-ahli KRT daerah Kota Tinggi. Pada permulaannya, petugas PEDi telah memberi taklimat Pengenalan Kepada PEDi. Kemudian, petugas PEDi melanjutkan acara dengan memberi taklimat Advokasi MCMC KDB bertajuk “Melindungi Anak Anda Di Internet”. Selepas itu, petugas PEDi menyambung lagi acara dengan aktiviti kuiz dalam talian menggunakan laman web Blooket.com. Para pemenang kuiz mendapat hadiah yang disampaikan oleh petugas PEDi. Acara diteruskan dengan Bengkel SISMAP Versi 2.0 yang disampaikan oleh petugas JPNIN daerah Kota Tinggi. Setelah selesai, para peserta menjamu selera dan kemudian bersurai.

Gambar Aktiviti Bengkel Sistem Maklumat Perpaduan (SISMAP) Versi 2.0